Anak, bapa saudara maut kereta terbabas langgar pokok

Iklan
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk setelah terbabas melanggar pokok di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru pada Selasa. Foto Polis Rompin

ROMPIN - Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam membabitkan tiga mangsa yang mempunyai pertalian keluarga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan, R Vijay, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin manakala bapa saudaranya, P Vijayan, 17, yang berada di tempat duduk penumpang belakang maut di tempat kejadian.

Keadaan di lokasi kejadian kereta terbabas melanggar pokok mengorbankan nyawa pemandu dan seorang penumpang di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru pada Selasa. Foto Polis Rompin

Iklan

Katanya, seorang lagi penumpang, M Tanush Kumar, 16, yang juga sepupu kepada Vijay cedera di badan.

"Siasatan awal mendapati tiga pekerja sebuah kedai cuci kereta itu dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri,” katanya.

Sharif Shai berkata, mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.