Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Iklan
Sebuah helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak. Foto tular Threads

SHAH ALAM - Sebuah helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak pada Selasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara ketika kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, CAAM menerima makluman berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.

"Helikopter itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan lima individu berada di dalamnya termasuk juruterbang," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Sebuah helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak. Foto tular Threads

CAAM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Iklan

Difahamkan Long Lellang STOLport terletak di kawasan pedalaman Sarawak dan menjadi antara laluan yang menghubungkan komuniti terpencil di kawasan berkenaan.