Hujan berterusan di empat negeri hingga esok

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok, di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka melanda kawasan terbabit sepanjang tempoh itu.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Iklan

Amaran sama turut meliputi seluruh Perlis dan Pulau Pinang. - Bernama

 

Iklan