Pegawai kanan perubatan direman lima hari kes pembekalan implan lutut RM1.5 juta

Iklan
Suspek ditahan jam 3.30 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

MELAKA - Seorang pegawai kanan perubatan di sebuah hospital di sini direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pembekalan implan lutut bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman hingga 12 September terhadap lelaki berusia 50-an itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret  Ayer Keroh di sini.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, suspek ditahan jam 3.30 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka. 

"Siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2024 hingga 2026.

Iklan

"Suspek dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal yang dipercayai milik ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Iklan