Ajaran sesat: ‘Ratu Balqis’, dua rakan subahat dipenjara 12 bulan, denda RM5,000

Iklan
Tiga individu termasuk wanita yang dikenali ‘Ratu Balqis’ dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang sebelum ini tular menyebarkan ajaran sesat menggunakan nama ‘Ratu Balqis’ masing-masing didenda RM5,000 dan penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Dua lagi individu yang didapati bersubahat dengan wanita berkenaan, sebelum ini turut dijatuhi hukuman yang sama pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara tambahan lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tertuduh pertama mengaku bersalah di bawah Seksyen 4 (doktrin palsu) dan Seksyen 6(b) (dakwaan palsu).

Iklan

“Kes ini memperlihatkan keseriusan kesalahan berkaitan penyebaran doktrin palsu dan dakwaan palsu khususnya apabila melibatkan kedudukan Rasulullah SAW serta pelaksanaan ibadah yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara tambahan lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Iklan

Beliau berkata, pihak berkuasa agama Johor akan terus memperkukuh dakwah, pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan akidah serta memastikan tindakan diambil mengikut undang-undang.

Pad Ogos lalu, wanita sama turut dihukum 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan membuat hantaran palsu dan jelik melampau di media sosial.