Kanak-kanak 2 tahun parah diserang anjing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan Haira

Iklan
Mohammad Hamizi dan ibu, Nur Wahyuni ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kos rawatan dan pemulihan Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, yang cedera parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, Sabtu lalu akan ditanggung kerajaan negeri.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, keluarga mangsa tidak perlu memikirkan soal kewangan sepanjang mangsa menjalani rawatan.

Iklan
Iklan

“Saya juga akan menempatkan seorang pegawai untuk terus berhubung dengan pihak hospital bagi memudahkan pengurusan kos rawatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Nur Haira yang kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Nur Haira masih ditidurkan dan memerlukan rawatan rapi, selain dijangka menjalani proses pemulihan yang panjang.

Dalam pada itu, emosi keluarga Nur Haira, termasuk abangnya berusia 12 tahun juga akan diberikan perhatian oleh pihak hospital.

Iklan

Katanya, keluarga mangsa wajar diberikan khidmat kaunseling bagi membantu mereka mengatasi trauma susulan kejadian berkenaan.