SPRM siasat isu lewat agih baja di Kedah

Iklan
Abd Halim

SHAH ALAM - Isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah disiasat susulan aduan diterima daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) pada 26 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah membuka satu kertas siasatan berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan 100,000 hektar.

Iklan
Iklan

Sinar Harian dimaklumkan, siasatan berhubung isu tersebut bukan sahaja dilakukan dari aspek jenayah malah ia juga termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut.

SPRM memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam percakapan seorang saksi daripada PESAWAH dan menerima beberapa dokumen berkaitan.

Iklan

"SPRM menyambut baik gesaan serta keprihatinan Perdana Menteri diatas isu ini dan telah berhubung dengan pihak KPKM serta MADA bagi siasatan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan SPRM melakukan siasatan berkaitan isu terbabit.

Anwar menegaskan bahawa permasalahan kelewatan itu yang menyebabkan golongan pesawah menjadi mangsa dan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku serta tidak boleh dibiarkan berulang.