10 maut selepas minum arak tiruan di Madhya Pradesh, India

Iklan
Sebanyak 10 kematian telah disahkan akibat meminum arak tiruan di negeri Madhya Pradesh, tengah India. Gambar hiasan

HYDERABAD - Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala ramai lagi jatuh sakit selepas meminum arak tiruan di negeri Madhya Pradesh, tengah India, menurut laporan media tempatan.

Kes membabitkan pengambilan arak beracun itu dilaporkan pada pagi Ahad di dua kampung di daerah Sagar.

Iklan
Iklan

Sebanyak 10 kematian telah disahkan, kata Majistret Daerah Pratibha Pal kepada pemberita, lapor IANS.

Beliau berkata, sepasukan doktor sedang menjalankan pemeriksaan terhadap penduduk di kampung terjejas bagi mengesan gejala penyakit.

Iklan

Kira-kira 35 orang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, menurut laporan media India.

Satu kumpulan jenayah yang berpangkalan di negeri jiran Uttar Pradesh disyaki membekalkan metil alkohol.

Iklan

Insiden terbaharu membabitkan arak haram itu berlaku selepas 13 orang maut akibat meminum arak beracun di daerah Bhavnagar, negeri Gujarat bulan lepas. - Bernama