Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja, bekalkan alkohol

Iklan
Dia berdepan tiga pertuduhan iaitu merogol, memberikan bahan tertentu bagi tujuan melakukan hubungan seksual dan membekalkan alkohol kepada individu berusia bawah 21 tahun. Gambar hiasan.

ISTANBUL - Pempengaruh media sosial Amerika Syarikat (AS), Braden Peters yang dikenali dalam talian sebagai Clavicular, mengaku tidak bersalah pada Khamis atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Massachusetts, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media AS.

Peters, 20, hadir di Mahkamah Daerah Orleans bagi menghadapi pertuduhan berhubung kejadian yang didakwa berlaku di kediaman keluarganya di Cape Cod pada 23 Mei 2025.

Iklan
Iklan

Dia berdepan tiga pertuduhan iaitu merogol, memberikan bahan tertentu bagi tujuan melakukan hubungan seksual dan membekalkan alkohol kepada individu berusia bawah 21 tahun.

Pempengaruh itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$10,000 selepas menyerahkan pasportnya dan bersetuju untuk tidak menghubungi atau membuat sebarang hantaran mengenai pengadu.

Iklan

Remaja terbabit mendakwa Peters memberinya alkohol dan menyiarkan secara langsung aksi mereka bercium ketika dia berada dalam keadaan mabuk, sebelum didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya pada keesokan pagi.

Peters menerusi peguamnya menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa hubungan seksual itu berlaku atas dasar persetujuan bersama.

Iklan

Pengadu turut memfailkan saman sivil di Florida pada April, dengan mendakwa Peters menyuntiknya dengan bahan pelarut lemak tanpa persetujuannya ketika siaran langsung.

Bagaimanapun, peguam Peters menolak dakwaan itu.- Bernama