'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia

Iklan
Gambar terakhir Mohamad Fellimal bersama mangsa yang diambil semasa majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam 29 Ogos lalu. Foto ihsan keluarga

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI]"Kami rakam banyak gambar pada majlis itu untuk kenangan, rupanya itu kenangan terakhir kami bersamanya."

Demikian luahan Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, bapa kepada Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, 21, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang meninggal dunia selepas menyertai acara yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Iklan
Iklan

Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu Allahyarham adalah ketika majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam pada 29 Ogos lalu.

“Anak saya baru menamatkan pengajian diploma dan merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun ini pula berlaku,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada Ahad.

Iklan

Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal.

Pelajar UiTM Kampus Seremban yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS kira-kira jam 2 petang pada Sabtu.

Iklan

Menurut Mohamad Fellimal, beliau dimaklumkan anaknya kelihatan lemah dan rebah ketika menghampiri garisan penamat dalam acara larian berkenaan sebelum dihantar ke fasiliti perubatan di UiTM Jengka untuk mendapatkan rawatan pada Jumaat.

Beliau berkata, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara tersebut dan pernah mengambil bahagian dalam cabaran sama dalam dua edisi terdahulu.

Katanya, minat mendalam terhadap aktiviti sukan mendorong anaknya membuat persiapan secukupnya sebelum menyertai pertandingan berkenaan malah pasukannya pernah muncul antara pemenang.

“Dia memang minat acara sukan dan membuat persiapan mencukupi sebelum menyertai acara ini.

“Sebelum itu, saya sempat berpesan supaya dia minum banyak air memandangkan cuaca panas dan beberapa kawasan agak berjerebu ketika ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diri

Peserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera

'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia

Peserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikan

KKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICU

KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry

Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya adalah menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 6.55 petang, 4 September lalu.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai UiTM yang memaklumkan dia dibawa ke hospital.

“Saya dan isteri kemudian bertolak dari Shah Alam dan tiba di HOSHAS kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dibenarkan melihat mangsa yang ketika itu berada di zon merah dari jarak jauh,” katanya.