KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan dan Kuching iaitu masing-masing 158, Sarikei (157), Sibu (155), Sri Aman (129) dan Mukah (116).