Amerika Syarikat nafi campur tangan tentukan kepimpinan politik di Malaysia

Iklan
Kenyataan AS berhubung dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.

SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) menafikan pernah campur tangan dalam menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, David H Gamble Jr menegaskan, sebarang laporan atau dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

“Sebarang laporan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Ahad.

Penafian itu dibuat susulan laporan media mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.

Iklan

Menurut Abdul Hadi, tawaran tersebut didakwa berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak asing tidak seharusnya mencampuri urusan menentukan kepimpinan negara.

Iklan

Sebaliknya, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani perpecahan serta menyelesaikan krisis politik dalam negara.