Tarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM
Iklan
ABIM menjelaskan, Islam dijunjung bukan ditunggang.
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan 'menunggang agama' dan memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam kenyataannya.
Timbalan Presiden ABIM, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama.
Iklan
Iklan
"Agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan, bukan ditunggang untuk kepentingan politik.
"Setiap pemimpin dan parti wajib menundukkan tindakan mereka kepada tuntutan kebenaran, keadilan dan amanah. Agama tidak boleh dijadikan pembenaran bagi setiap tindakan sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini, Ilyas dilaporkan berkata, Pemuda Pas tidak terkesan dengan label berkenaan yang sering dilemparkan terhadap Pas sebagai parti ‘penunggang agama’ oleh seteru politiknya.
Beliau turut mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH) gagal membela kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
Iklan
Mengulas lanjut, Muhamad Saifuddin berkata, pemimpin yang membawa nama Islam perlu menunjukkan keselarasan antara seruan dengan akhlak yang ditampilkan.
Menurutnya, bahasa kasar menjejaskan kewibawaan mesej yang dibawa dan memberikan teladan yang tidak baik kepada masyarakat, khususnya generasi muda.
"ABIM mengajak seluruh pimpinan masyarakat, termasuk diri kami sendiri, memelihara kemuliaan agama melalui pertuturan dan tindakan.
"Kesediaan menerima teguran serta membetulkan kesilapan merupakan tanda pertanggungjawaban seorang pemimpin," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>