PH mahu tawan Melaka atau sekadar tambah kerusi?
Iklan
Adly Zahari berdepan cabaran memperluas penguasaan gabungan itu daripada lima kerusi pada PRN 2021 kepada sekurang-kurangnya 15 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya kali ini.
HANYA 2.6 mata peratus memisahkan undi popular Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, namun jurang kemenangan kedua-duanya mencecah 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kini, PH hanya mempertaruhkan calon di 21 daripada 28 kerusi pada PRN 14 November depan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada gabungan itu benar-benar mahu mengambil alih pentadbiran negeri atau sekadar menambah kerusi.