Banduan Taiping, Kemta siapkan 3,000 PPE
Iklan
Dr Narimah ketika meninjau proses penyediaan PPE yang diusahakan banduan di Kemta dan Penjara Taiping.
TAIPING - Usaha gigih 30 banduan dari Penjara Taiping dan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) berjaya menghasilkan 3,000 peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk pelindung kepala, gaun isolasi dan pelindung kasut.
Peralatan itu dihasilkan banduan yang berkemahiran dalam bidang jahitan sejak 3 April lalu untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Taiping.
Iklan
Iklan
Pengarah Hospital Taiping, Dr Narimah Yusof berkata, pihaknya berbesar hati dengan keprihatinan dua entiti Jabatan Penjara itu dalam membantu mengurangkan risiko petugas kesihatan berdepan pesakit koronavirus (Covid-19).
Projek menyediakan PPE diteruskan dengan sasaran 3,000 lagi unit disiapkan.
"Saya difahamkan, mereka yang terlibat memberi keutamaan untuk menyiapkan bekalan PPE ini sehingga menangguhkan tempahan jahitan lain termasuk baju banduan sendiri.
Iklan
"Operasi bengkel jahitan dipanjangkan sehingga hujung minggu bagi memastikan PPE dapat disiapkan dengan segera. Terima kasih atas usaha itu," katanya.
Beliau berkata, kerjasama pembuatan PPE itu akan diteruskan bagi fasa seterusnya kerana keperluannya kini mendesak.
Iklan
Katanya, dalam sehari tidak kurang 300 unit PPE digunakan oleh petugas kesihatan Hospital Taiping, bergantung kepada jumlah kes yang direkodkan.
Dr Narimah menerima kelengkapan PPE yang telah disiapkan banduan daripada Pengarah Kemta, Ahmad Rizal Mohd Ghazali.
"Bagi fasa kedua ini, kita sasarkan 3,000 lagi PPE dapat disiapkan walaupun masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar sekurang-kurangnya memberi semangat kepada petugas.
"Projek ini turut dibantu 40 sukarelawan terdiri daripada orang awam berlatar belakangkan kemahiran menjahit," katanya.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.