Dosa besar sertai pertandingan transgender, promosikannya

Iklan
ALLAH SWT melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. Foto Canva

Soalan

Baru-baru ini terdapat penganjuran ratu cantik transgender dan ada individu dalam kalangan umat Islam yang menyertainya. Apakah hukum penyertaan dan sesiapa yang promosikan pertandingan tersebut?

Iklan
Iklan

Jawapan

Hukum menyerupai jantina berlawanan atau disebut sebagai tasyabbuh merupakan haram dalam Islam, bahkan ia termasuk dalam salah satu dosa besar dan ALLAH SWT melaknat golongan ini.

Iklan

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan wanita.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Imam Asy-Syaukani menyatakan bahawa hadis ini merupakan suatu petunjuk akan pengharaman bagi lelaki untuk menyerupai wanita dan pengharaman wanita untuk menyerupai lelaki sama ada dari sudut percakapan, pemakaian, cara berjalan dan sebagainya.

Iklan

Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982, hukum mengubah jantina menurut syarak adalah diharamkan.

Penyertaan mana-mana individu dalam pertandingan berteraskan transgender ialah haram, sekalipun individu berkenaan tidak membuat sebarang pertukaran jantina.

Hal ini kerana penglibatan dalam pertandingan sedemikian secara tidak langsung menunjukkan sokongan kepada penganjuran program berkenaan.

Syarak melarang sebarang bantuan mahupun sokongan terhadap perbuatan yang disyariatkan haram.

Di samping itu, memberikan galakan atau mempromosikan gaya hidup transgender agar terus kekal sedemikian adalah dilarang sama sekali dalam ajaran Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menyeru kepada kesesatan, dia akan memperoleh dosa sebesar jumlah dosa mereka yang melakukan perkara kesesatan tersebut dan dosa mereka tidak akan berkurang walau sedikitpun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Peringatan daripada hadis ini amat jelas bahawa mana-mana pihak yang mencetuskan, menyebarkan atau menjadi sebab kepada berlakunya perbuatan mungkar akan turut memikul dosa perbuatan tersebut, di samping menanggung dosa mereka yang mengikutinya.