Empat remaja lemas: Doa selamat pindah rumah baharu diganti kenduri tahlil

Iklan
Sharizal menunjukkan gambar anak saudaranya, Muhamad Haiman Fitri yang masih hilang di Pantai Tanjung Lompat.

KOTA TINGGI - Hasrat keluarga Muhamad Haiman Fitri Supian,16, yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat untuk mengadakan majlis kesyukuran esok sempena berpindah ke rumah baharu diganti kepada kenduri tahlil.

Bapa Saudaranya, Sharizal Ibrahim berkata, mereka sekeluarga baru berpindah ke rumah generasi kedua di Felda Bukit Waha, 30 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

“Esok kami teruskan juga kenduri itu kerana persiapan sudah dibuat. Arwah baru sahaja dua atau tiga hari masuk rumah baharu berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Jumaat.

Pelajar tahfiz membacakan Yasin bersama ahli keluarga mangsa lemas.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, enam remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas namun dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Iklan

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan

Tragedi lemas: Sokongan psikologi, kaunseling diberi kepada mangsa terselamat

'Longkang' dalam pantai antara punca empat remaja lemas

Empat remaja lemas: Muhammad Adib ditemukan terapung 5km dari lokasi – Polis

Operasi SAR yang diaktifkan sejurus kemudian berjaya menemui mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, jam 1.15 petang pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.

Laungan azan di tengah laut daripada guru dan pelajar tahfiz pula membawa kepada penemuan jasad kedua, Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor,16, yang dijumpai terapung oleh nelayan kira-kira 800 meter, dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga berjaya menemui seorang lagi, Muhammad Adib Hafiy Kamal, jam 11.15 pagi, lima kilometer dari lokasi kejadian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman (kanan) menyantuni Sharizal dan ahli keluarga Muhamad Haiman Fitri yang setia menunggu di Pantai Tanjung Lompat pada Jumaat.

Sharizal berkata, dia turut bersama-sama meronda sekitar pantai malah sudah bermalam di situ sejak hari pertama.

“Saya bersama adik ada meronda-ronda setiap masa untuk mencarinya dan hanya dapat tidur dua ke tiga jam sahaja.

“Ibunya sedang menjaga ayah Haiman yang sudah tiga tahun mengalami strok jadi tak datang ke pantai.

“Balik lah Man, pak uda dan ahli keluarga setia menunggu. Kami juga reda dengan ujian ini,” katanya.