HONG Leong Bank (HLB) melancarkan produk terbaharu HLB opus, kad kredit seramik pertama di Asia Tenggara yang ditawarkan kepada kumpulan pelanggan terpilih sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian, kepimpinan dan kecemerlangan sepanjang perjalanan kehidupan.
Kad berkenaan diperbuat daripada bahan Convego® Ceramic dan direka dengan ciri tahan calar, selain kemasan yang dihasilkan melalui proses tekanan serta ditempa pada suhu tinggi.
Produk yang diperbuat dengan bahan yang berkualiti ini mencerminkan perjalanan golongan bernilai tinggi sekaligus menjadi simbol fizikal pencapaian yang berkekalan.
HLB opus dalam keseluruhan perjalanan perniagaan dan pengurusan kekayaan peribadi pelanggan menerusi model kejayaan pelanggan “One Bank” yang bersepadu menghimpunkan kekuatan tiga perniagaan teras, iaitu Perbankan Perniagaan dan Korporat yang menyokong keusahawanan, pengembangan perusahaan serta penciptaan nilai perniagaan.
Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong berkata, HLB opus meraikan perjalanan kehidupan pelanggan yang mempunyai kisah dan legasi peribadi yang bermakna, perjalanan dalam dunia perniagaan, serta pengorbanan yang telah membentuk diri mereka sehingga ke hari ini.
"HLB opus merupakan penghargaan yang sewajarnya terhadap kejayaan tersebut. Bersama rakan kongsi kami, HLB opus mengiktiraf kejayaan ini dengan menawarkan keistimewaan bertaraf dunia di peringkat global, ganjaran perjalanan premium serta pengalaman eksklusif yang diperibadikan," katanya.
Kad yang direka bentuk oleh HLB bukan sahaja menyerlahkan prestij kejayaan pelanggan, malah merangkum pelbagai keistimewaan eksklusif dalam bentuk fizikal yang melambangkan eksklusiviti sebenar.
Menurut Pengarah Urusan Giesecke+Devrient di Singapura, Farouk Musthafa, dalam dunia yang semakin didominasi oleh teknologi digital, kad fizikal kekal sebagai lambang nyata yang menzahirkan keistimewaan.
"Dengan menggunakan teknologi Convego® Ceramic kami, HLB opus direka dengan penuh ketelitian sebagai sebuah karya unggul yang menetapkan penanda aras baharu bagi pengalaman pembayaran mewah," katanya.
Berteraskan ketegori baharu Visa Infinite Privilege, yang merupakan antara tahap ganjaran paling eksklusif di dunia, HLB Opus menawarkan akses antarabangsa yang tiada tandingan serta direka khas untuk memenuhi keperluan pemimpin industri bertaraf global.
Pelanggan akan menikmati akses kepada pelbagai keistimewaan eksklusif merangkumi perjalanan, santapan, kesejahteraan dan perkhidmatan concierge termasuk akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia, akses ke kelab persendirian Visa, laluan pantas imigresen, serta padanan status dengan Harrods Gold, ALL Accor+ Explorer Gold dan Banyan Voyager.
Ketua Pelanggan Visa Malaysia, Jason Phua berkata, pelanggan berpendapatan tinggi melihat kemewahan melangkaui konsep tradisional, dengan memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pengalaman yang bersifat peribadi, tersendiri dan mencerminkan pencapaian mereka.
Kami berbangga dapat bekerjasama dengan HLB untuk memperkenalkan penawaran luar biasa ini di Malaysia, yang mengiktiraf kejayaan melalui pengalaman yang direncana dengan teliti, perkhidmatan bertaraf tinggi serta akses yang lancar, ke mana sahaja kehidupan membawa mereka,” menurutnya.
Pelanggan HLB opus akan menerima 60,000 Enrich Points secara serta-merta selepas pembayaran yuran tahunan dan berpeluang meningkatkan perolehan mata ganjaran 1 Elite Point bagi setiap RM10,000 perbelanjaan di luar negara.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Loyalty & Travel Services Malaysia Aviation Group, Phillip See berkata,"hari ini, pelancong yang menghargai pengalaman berkualiti bukan sahaja mencari destinasi premium, malah mengharapkan pengalaman yang lebih bermakna sepanjang perjalanan mereka.
"Menerusi kerjasama dengan HLB opus, kami berbesar hati untuk menawarkan nilai, pilihan dan kemudahan yang lebih kepada pelanggan kami.Kerjasama ini turut memperluaskan layanan ikonik Hospitaliti Malaysia, dengan menawarkan pengalaman penebusan ganjaran yang lancar serta keistimewaan perjalanan eksklusif menerusi Malaysia Airlines dan rangkaian global oneworld," katanya.
Pelancaran Produk HLB Opus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi transformasi HLB, dengan perniagaan dan pengurusan kekayaan sebagai pemacu utama pertumbuhan. Pelancaran ini mengukuhkan lagi rangkaian penawaran menyeluruh HLB, merangkumi keupayaan terkemuka Bank dalam perbankan perniagaan dan korporat, penyelesaian yang ditawarkan oleh HLB Private Bank, serta kerjasama dengan rakan kongsi pengurusan kekayaan global termasuk Lombard Odier.