IMPIAN menerokai keindahan dunia kini semakin mudah apabila Batik Air memperluaskan jangkauannya menerusi penerbangan baharu ke Sydney, Shanghai, Tashkent dan Colombo.
Menghubungkan lebih 50 destinasi dalam dan luar negara, pengalaman penerbangan dijamin selesa dengan ruang kaki lapang serta 150 pilihan hiburan.
Untuk kelas Ekonomi, pilihan Super Saver sesuai bagi yang mengutamakan tambang jimat, manakala Value dan Flexi lengkap dengan elaun bagasi berdaftar.
Menariknya, tambang Flexi turut merangkumi hidangan percuma.
Bagi yang mahukan ekstra keselesaan, tawaran Business Promo dan Business Flexi turut disediakan.
Bagi melengkapkan perjalanan, nikmati pengalaman menjamu selera di awan biru dengan pelbagai variasi hidangan enak, terutamanya menu popular yang wajib dicuba iaitu nasi beriani kambing.
Semua susunan ini serta tempahan tiket boleh dibuat dengan mudah menerusi laman web atau aplikasi rasmi Batik Air.
Pilihan penerbangan ini juga sesuai untuk keluarga, pengembara solo mahupun korporat. Bagi rombongan sekurang-kurangnya 10 orang, tempahan berkumpulan tawarkan harga yang berbaloi dan memudahkan perancangan kerana e-tiket terus dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran selesai.
Untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan kumpulan, pengguna boleh menyemak terus menerusi portal rasmi Batik Air.
Lebih menarik lagi, penerbangan Kelas Perniagaan kini mampu milik serendah RM399 sehala, menjadikannya pilihan ideal buat pasangan serta pengembara jarak jauh. Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kemudahan laluan terus yang praktikal turut ditawarkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Bermula 4 Disember ini, penerbangan terus Subang ke Bali bakal memulakan tirainya untuk percutian mesra poket ke Pulau Dewata, selain laluan ke Miri dan Sibu (1 Disember) serta destinasi seperti Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Kota Bharu, Jakarta, Singapura dan Bangkok.
Sama ada bercuti di Bali atau menerokai keunikan Sabah dan Sarawak di Bintulu, Sibu, Miri, Tawau, Kota Kinabalu serta Kuching, Bumi Borneo sentiasa kaya dengan festival kebudayaan dan pesona alam.
Sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia bersama Tourism Malaysia hingga 30 November ini, nikmati rebat RM50 sehala (RM100 pergi-balik) bagi Kelas Ekonomi atau RM100 sehala (RM200 pergi-balik) bagi Kelas Perniagaan untuk laluan Sabah dan Sarawak.
Penebusan terhad kepada 1,000 pengguna pertama dengan kod promo BATIKCCMY.
Layari www.batikair.com.my atau muat turun aplikasi Batik Air hari ini.