'Kalau saya tak faham, KSP pun tak faham?' – Kamil Munim persoal Akmal Saleh

Iklan
Muhammad Kamil

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa beliau tidak memahami asas kewangan kerajaan.

Muhammad Kamil berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibuat berdasarkan penjelasan rasmi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan (MOF), Tan Sri Johan Mahmood Merican, dan bukannya dipetik secara sembarangan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan mengaskan, kenyataan media yang dikeluarkan sendiri oleh KSP pada Rabu jelas menyebut bahawa tiada sekatan terhadap peruntukan projek jalan luar bandar KKDW, malah ia telah disalurkan sepenuhnya.

Menurutnya, kekangan pembayaran kepada kontraktor berlaku apabila peruntukan tahun semasa hampir habis dibelanjakan.

Iklan

"Angka MOF pula jelas, pada 2023 sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan dan RM1.8 bilion dibelanjakan manakala 2024, RM1.3 bilion diperuntukkan dan RM2 bilion dibelanjakan.

"Bagi 2025, RM1.6 bilion diperuntukkan dan RM2.3 bilion dibelanjakan. Tiga tahun berturut-turut.

Iklan

"Jika kenyataan saya berdasarkan penjelasan KSP dianggap 'tak faham asas kewangan kerajaan', adakah Akmal juga mengatakan KSP tak faham asas kewangan kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal membidas Muhammad Kamil berhubung isu perbelanjaan KKDW yang didakwa melebihi peruntukan diluluskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mendakwa Muhammad Kamil tidak memahami asas kewangan kerajaan sebaiknya meskipun memegang jawatan penting dalam kementerian.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menyifatkan Johan sebagai penjawat awam kanan MOF yang cekap, teliti dan lebih arif dalam urusan pentadbiran kewangan negara.

“Sudah tentu beliau lebih arif berbanding 'Tuan Kassim Patalon',” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak mempertikaikan setiap sen yang dibelanjakan untuk membina jalan bagi kegunaan rakyat luar bandar kerana golongan tersebut sememangnya berhak mendapat pembangunan.

"Tetapi, pembangunan diperlukan rakyat dan disiplin mengurus wang rakyat bukan dua perkara yang bercanggah.

"Jika begini cara mereka mentadbir dan mengurus tatacara kewangan, tidak hairan bila mana institusi seperti Lembaga Tabung Haji (TH) serta Felda sebelum ini hampir melingkup. Apatah lagi terlibat skandal gergasi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.