'Saya tidak campur tangan dalam TH, cuma pimpin dasar' - Mujahid

Iklan
Mujahid ketika sesi Dialog Ummah: Realiti Masa Depan TH di salah sebuah hotel sini pada Khamis.FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

BANGI - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berkhidmat sebagai anggota kabinet.

Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), beliau mengambil pendekatan menyerahkan perkara tersebut kepada golongan profesional termasuklah dalam isu penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Iklan
Iklan

“Saya membentangkan (cadangan) dan Alhamdulillah diluluskan. SPV merupakan produk idea yang lebih besar iaitu pelan pemulihan dan penstrukturan semula.

“Kebetulan Menteri Kewangan ketika itu ialah Lim Guan Eng. Itu yang timbul isu kata jual dekat Cina,” katanya ketika sesi Dialog Ummah: Realiti Masa Depan TH di salah sebuah hotel sini pada Khamis.

Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan sebelum ini menegaskan, tiada aset TH dijual kepada bukan Islam atau orang Cina seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Beliau berkata, aset yang dipindahkan menerusi Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH adalah kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), sebuah syarikat tujuan khas milik kerajaan.

Iklan

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, sepanjang memimpin TH ketika itu, beliau secara peribadi menekankan kepada pengurusan tertinggi institusi berkenaan hanya fokus untuk melakukan yang terbaik.

Ujarnya, beliau juga bersedia berdepan dengan kritikan pihak lawan termasuklah serangan politik terhadapnya.

“Antara kesukaran membuat keputusan waktu itu (ketika menjadi Menteri Agama) adalah saya telah bersedia menjadi tidak popular.

“Saya beritahu pengurusan tertinggi TH ketika itu, soal orang hendak serang TH serah kepada saya. Itu harga hang saya bayar,” katanya.

Beliau menambah, pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH juga jelas membuktikan tuduhan terhadap beliau selama lapan tahun bahawa berlaku penjualan aset kepada Cina tidak benar sama sekali.