Gempa lemah landa Keningau: 'Ada gegaran beberapa saat' - Bomba

Iklan
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Keningau, pada jam 9.31 pagi.

KOTA KINABALU - Gegaran beberapa saat dirasai penduduk di sekitar daerah Keningau, susulan kejadian gempa bumi yang melanda daerah itu pada pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui berkata, ketika ini pasukannya sedang melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi.

Iklan
Iklan

"Kita turut menerima panggilan mengenai kejadian gempa bumi melibatkan dari bangunan pusat beli belah, kedai perabot, klinik kesihatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Keningau, pada jam 9.31 pagi.

Iklan
Iklan