SPRM syor Felda lantik pasukan forensik audit, siasat isu salah laku

Iklan
Abd Halim bercakap pada Sidang Media Khas SPRM di Ibu Pejabat SPRM. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) disyor untuk melantik pasukan forensik audit sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja audit berhubung isu berkaitan tadbir urus dan salah laku dalam agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pasukan forensik yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini juga dapat membantu SPRM menjalankan penyiasatan.

"Bagi kerja-kerja penyiasatan yang lainnya, terdapat agensi-agensi (penguatkuasaan lain) selain daripada SPRM yang boleh membantu. Siasatan ini tidak hanya dijalankan SPRM sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, SPRM tidak menolak kemungkinan beberapa individu akan ditahan secara berperingkat bermula minggu depan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan syarikat tersebut.

Abd Halim berkata, setakat ini seramai 12 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Iklan