Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi''

Iklan
Rakan-rakan mangsa lemas berharap jasad rakan mereka ditemui segera.

KOTA TINGGI – Hasrat untuk menyelamatkan seorang rakan yang lemas bertukar detik ngeri apabila empat remaja lain dilaporkan dihanyutkan arus dalam kejadian di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini pada Rabu.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku ketika kumpulan mereka seramai 16 orang sedang mandi-manda di pesisir pantai selepas berkhemah di kawasan berkenaan sejak Selasa.

Iklan
Iklan

Katanya, insiden berlaku secara tiba-tiba ketika mereka sedang mandi-manda di pesisir pantai sebelum Thaqif, hanyut ke kawasan lebih dalam.

Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

​"Kami biarkan sahaja, tetapi bila kami pandang semula, kami lihat dia sudah terkapai-kapai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Iklan

Ahli keluarga setia menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun dan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama

​Menyedari Thaqif yang tidak pandai berenang, beberapa rakan lain cuba memberikan bantuan, namun cuaca dan arus laut menyebabkan situasi tidak dapat dikawal.

Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas menggunakan teknik pencarian permukaan air di perairan Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, di sini hari ini.Empat remaja berusia 16 tahun itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai berkenaan pagi ini. Foto Bernama

​Katanya, perkhemahan itu merupakan pertama kali dianjurkan berbanding pertemuan kecil sebelum ini.

​"Kami amat berharap agar urusan pencarian dipermudahkan dan semua rakan yang masih hilang dapat ditemui dengan cepat," katanya.