RCI TH: Dua kertas siasatan dicadang dituduh di mahkamah, empat NFA - SPRM

Iklan
Abd Halim dalam sidang akhbar pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN/ABDUL HALIM ABDUL WAHID

PUTRAJAYA - Dua kertas siasatan susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dicadang pertuduhan pada Khamis dan Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, 31 Julai lalu SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti hasil laporan RCI TH.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan dijalankan merangkumi aspek di bawah Akta SPRM 2009 membabitkan unsur kesalahan sekiranya dikesan iaitu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Isu ini antaranya melibatkan dakwaan rasuah dalam pembelian ladang sawit, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan restoran di Kuala Lumpur, pengubahsuaian rumah serta pejabat serta dakwaan pemalsuan dokumen pembekalan anak benih getah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, bagi enam isu ini, tujuh individu telah ditangkap dan mereka terdiri daripada bekas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantation, bekas bekas ketua pegawai kewangan (CFO) TH Plantation, bekas pengurus Lapangan Semaian Tan Kedah, Pengarah AG Reka Sdn Bhd, bekas Timbalan Pengurus Besar Pembinaan TH Properties Sdn Bhd, bekas pengurus Safety and Health TH Properties serta bekas Pengarah TH Properties.

Tambahnya, daripada isu itu, enam kertas siasatan telah lengkap dan telah dihantar untuk kajian Timbalan Pendakwa Raya.

Iklan

"Bagi kertas siasatan pertama, empat pertuduhan akan dilakukan iaitu tiga pertuduhan di Mahkamah Shah Alam pada esok (3 September), sementara 4 September satu pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Empat lagi kertas siasatan diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," ujarnya.