Jakim panggil individu sertai pertandingan ratu cantik transgender

Iklan
Sirajuddin

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu yang menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Bangkok, Thailand.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, penglibatan peserta dari Malaysia dalam program berkenaan amat mendukacitakan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, perlakuan tersebut bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia, selain bercanggah dengan perundangan negara.

“Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menormalisasikan perlakuan ini.

Iklan

“Berpandukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa, Jakim akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang individu menerima kecaman selepas menyertai pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok yang berlangsung dari 22 hingga 30 Ogos lalu.

Iklan

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya mengecam tindakan berkenaan dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk meneliti tindakan yang boleh diambil berdasarkan perundangan sedia ada.

Menurut beliau, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Malah, katanya, ia juga bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan masyarakat negara ini.

Tambah beliau, perbuatan menyerupai jantina berlainan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah dilarang di sisi hukum syarak dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang syariah di negeri-negeri.