Bilakah kejadian balik Kelantan 24 jam akan ditamatkan?

Iklan
Ada yang terpaksa menempuh perjalanan sehingga 24 jam dari KL ke Kota Bharu satu rekod baharu dalam perjalanan lebih 400 kilometer sahaja. Foto: Bernama.

KALAU ada anugerah perjalanan paling lama balik ke kampung halaman, Merak Jalanan rasakan laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu sudah boleh menjuarainya.

Masakan tidak, bertolak awal pagi dan tiba ke destinasi pada pagi keesokan harinya, seolah-olah menyertai ekspedisi merentas benua pula.

Iklan
Iklan

Bahkan dilaporkan ada yang menempuh perjalanan sehingga 24 jam, satu rekod baharu dalam perjalanan lebih 400 kilometer sahaja.

Merak Jalanan difahamkan, punca kesesakan disebabkan kerosakan pada penghujung jalan Central Spine Road (CSR) menuju bandar Gua Musang.

Iklan

Kawan Merak Jalanan yang juga orang Kelantan beritahu, kejadian ini bukan kali pertama kerana pernah berlaku pada Aidilfitri dan Aidiladha lalu.

Namun Merak Jalanan yang 'tersangkut' di CSR selama tujuh jam pada 29 Ogos lalu turut melihat beberapa insiden yang menyentuh hati.

Iklan

Antaranya apabila kereta dinaiki kehabisan petrol, suhu kereta naik, anak-anak kelaparan serta pelbagai lagi, maka akan ada pengguna jalan raya lain dan penduduk kampung setempat menghulurkan bantuan.

Sebagai contoh, ada pemandu kehabisan petrol, orang kampung membantu dengan membelikan petrol di stesen minyak berhampiran.

Pengguna yang mengalami kerosakan enjin pula dibantu pemandu lain. Ada juga inisiatif orang kampung dengan membuka gerai jualan makanan kepada pengguna jalan raya yang kelaparan.

Dengan semangat kemerdekaan yang masih berkobar-kobar, pengguna jalan raya masih boleh berfikiran waras walaupun mereka sendiri menjadi mangsa kesesakan jalan raya yang rosak.