IRGC dakwa serang dua pangkalan udara AS di Jordan dengan peluru berpandu balistik

Iklan
IRGC Iran menyerang dua pangkalan udara AS di Jordan menggunakan peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas Pulau Larak, Iran.

 

ISTANBUL - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada awal Isnin berkata, pihaknya menyerang dua pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) di Jordan menggunakan peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas Pulau Larak, Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Iklan
Iklan

IRGC berkata, Pasukan Aeroangkasanya menyasarkan pangkalan udara Raja Hussein dan Azraq dalam operasi gabungan peluru berpandu dan dron.

Menurut IRGC, serangan itu mengenai infrastruktur teknikal dan penyelenggaraan serta kawasan pesawat pejuang, dengan mendakwa ia menyebabkan"kerosakan besar”.

Iklan

IRGC memberi amaran bahawa sebarang serangan lanjut akan dibalas dengan tindak balas yang lebih kuat.

Terdahulu pada Ahad, tentera AS menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak, sekali gus menandakan serangan pertama ke atas wilayah Iran sejak akhir Julai, menurut seorang pegawai AS kepada Axios.

Iklan

Operasi itu menyasarkan sistem yang didakwa sedang dipersiapkan untuk melancarkan roket membawa periuk api laut ke Selat Hormuz.

IRGC berkata beberapa anggotanya dan orang awam terbunuh serta cedera dalam serangan itu justeru berikrar untuk bertindak balas.

Agensi berita Tasnim Iran berkata maklumat awal menunjukkan serangan itu dilakukan menggunakan dron. - Bernama