781 maut, 2,502 masih hilang dalam bencana gelongsoran lumpur di Nepal

Iklan
Seorang wanita melihat gambar-gambar orang hilang susulan kejadian banjir kilat di Hospital Pengajaran Universiti Tribhuvan di Kathmandu pada Ahad - Foto: AFP

KATHMANDU - Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata sehingga 6 petang waktu tempatan pada Ahad, sebanyak 781 mayat ditemukan di kawasan yang terjejas akibat gelongsoran lumpur manakala 2,502 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Sementara itu, Lembaga Pelancongan Nepal berkata seramai 591 warga asing masih belum dapat dihubungi sehingga waktu yang sama.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, lembaga itu menjelaskan bahawa 289 warga asing diselamatkan dan lima lagi kini berjaya dihubungi, termasuk tiga warga Sepanyol, seorang warga Amerika Syarikat dan seorang rakyat Belgium. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan