Tiga lelaki bersenjata parang samun kedai runcit

Iklan
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan. Foto hiasan

HULU SELANGOR - Polis memburu tiga individu bersenjatakan parang yang dipercayai terlibat menyamun sebuah kedai runcit di Bukit Beruntung, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, kejadian itu dikesan pihaknya selepas rakaman video berkaitan kejadian berkenaan tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakaman berkenaan memaparkan tiga lelaki dipercayai warga tempatan melakukan samun di sebuah kedai runcit dengan menggunakan senjata tajam.

"Pada 29 Ogos 2026 kira-kira jam 2 petang, polis Hulu Selangor mengesan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan tiga lelaki dipercayai warga tempatan bersenjatakan parang melakukan samun di sebuah kedai runcit di kawasan Bukit Beruntung.

Iklan

Bagaimanapun, Manimaran berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan polis daripada mangsa berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian selain mengumpul maklumat dan keterangan berkaitan.

Iklan

"Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 014-2508825 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya.