‘Macam menang piala’ – Dollah lega KL City bangkit

Iklan
Dollah

KEMENANGAN tipis 1-0 ke atas DPMM FC di laman sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu memberi kelegaan besar buat Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas melalui permulaan musim yang penuh cabaran.

Lebih manis, kejayaan itu hadir menerusi jaringan lewat Paulo Josue ketika KL City beraksi dengan 10 pemain, sekali gus membolehkan skuad kendalian Dollah Salleh mengutip tiga mata penting dalam saingan Liga Super 2026/27.

Iklan
Iklan

Dollah mengakui kemenangan tersebut mempunyai nilai tersendiri buat pasukannya yang sebelum ini dihimpit pelbagai masalah sehingga beliau menyifatkan suasana selepas perlawanan seolah-olah meraikan kejayaan menjulang piala.

“Sebelum ni nampak murung sedikit. Saya pun tak mahu melihatnya (isu) sebelum ini. Tetapi, hari ini (Sabtu) agak berbeza. Ia, terasa seperti menjuarai piala!

Iklan

“Saya tak pernah meraikannya seperti ini. Saya nampak pasukan ini masih jauh. Persiapan agak huru-hara,” katanya.

Kemenangan itu hadir selepas KL City tewas 0-6 kepada Kuching City FC dalam aksi pembukaan liga, sebelum cabaran mereka bertambah apabila berdepan sekatan perpindahan yang menjejaskan usaha memperkuatkan skuad.

Iklan

Masalah membabitkan wabak influenza dalam kem KL City turut memberi kesan apabila sejumlah pemain dan pegawai pasukan terjejas, menyebabkan persiapan serta pengurusan skuad berada dalam keadaan sukar pada awal musim.

Bagaimanapun, kemenangan ke atas DPMM FC sekurang-kurangnya memberikan sinar baharu buat The City Boys untuk memperbaiki kedudukan mereka.

KL City kini berada di tangga ketujuh liga selepas mengharungi tiga perlawanan.