Skuad B-15 negara terus mengganas di Azerbaijan

Iklan
Skuad B-15 negara membelasah Ethiopia 5-0 pada Ahad. FOTO: INFOGRAFIK FAM

 

SKUAD bola sepak Bawah 15 Tahun (B-15) negara meneruskan prestasi cemerlang dalam kempen Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, apabila meraih dua kemenangan berturut-turut, pada Ahad.

Iklan
Iklan

 

Skuad kendalian P Maniam itu terlebih dahulu menewaskan Syria 3-1 sebelum melakar kemenangan lebih bergaya dengan membelasah Ethiopia 5-0 pada aksi kedua.

Iklan

 

Ketika menentang Syria, Danny Firas Musleyadi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum Iman Lutfi Zairol Hisham meledak dua gol pada minit ke-32 dan ke-35.

Iklan

 

Syria kemudian merapatkan jurang menerusi jaringan pada minit ke-36, namun Malaysia kekal tenang untuk memastikan kemenangan 3-1.

 

Momentum itu diteruskan ketika berdepan Ethiopia apabila Danny Firas sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dengan membuka akaun pada minit keempat.

 

Aqheef Haiqal Koko kemudian meledak dua gol dalam tempoh dua minit, masing-masing pada minit ke-21 dan ke-23, sebelum Iman Lutfi melengkapkan kemenangan besar Malaysia menerusi dua jaringan pada minit ke-29 dan ke-39.

 

Malaysia sebelum itu membuka kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Dominica.

 

Skuad muda negara seterusnya dijadual menentang Hungary pada Isnin sebelum berdepan Mexico dalam aksi berikutnya.