Pemeriksaan kesihatan bongkar pelajar hamil, tutor ditahan

Iklan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap kes rogol membabitkan pelajar sekolah di New Delhi. - Agensi

NEW DELHI - Seorang tutor persendirian ditahan di daerah Mayurbhanj, Odisha pada Jumaat selepas disyaki merogol seorang pelajar Tingkatan 3 sehingga menyebabkan mangsa hamil.

Polis berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa pulang ke rumah sempena cuti musim panas.

Iklan
Iklan

Kes tersebut terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan rutin di sekolah pada awal minggu mendapati mangsa hamil lima bulan sebelum pihak sekolah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Menurut pegawai penyiasat, ibu bapa mangsa kemudian berbincang dengannya sebelum remaja berkenaan mendedahkan bahawa dia didakwa menjadi mangsa serangan seksual dan menerima ugutan sepanjang tempoh cuti berkenaan.

Iklan

Polis berkata, tutor itu dipercayai mengambil kesempatan ketika mangsa berada bersendirian di rumah sebelum mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada Khamis, sebelum satu laporan kes didaftarkan dan suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Iklan

Siasatan masih diteruskan. - Agensi