Jane Goodall: Wanita di sebalik revolusi kajian cimpanzi

Iklan
Goodall bergambar bersama maskotnya,Mister H', semasa sesi fotografi di Paris. FOTO: AFP

LONDON -Mendiang Dr Jane Goodall bukan sekadar seorang penyelidik hidupan liar, malah menjadi antara tokoh paling berpengaruh dalam mengubah pemahaman manusia terhadap cimpanzi dan hubungan antara manusia dengan alam semula jadi.

Dilahirkan sebagai Valerie Jane Morris-Goodall di London pada 3 April 1934, minatnya terhadap haiwan bermula sejak kecil apabila sering memerhati burung dan haiwan lain selain membuat catatan serta lakaran mengenai tingkah laku mereka.

Iklan
Iklan

Sejak usia muda, Goodall menyimpan impian untuk ke Afrika bagi melihat haiwan liar di habitat semula jadi.

Impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ke Kenya pada penghujung 1950-an dan bertemu ahli antropologi terkenal, Louis Leakey.

Iklan

Leakey kemudian mengambil Goodall bekerja sebagai setiausaha sebelum melihat potensinya untuk melakukan penyelidikan jangka panjang mengenai primat.

Goodall menerima Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Joe Biden dalam satu majlis di Rumah Putih, Washington, DC. FOTO: AFP

Iklan

Walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang sains ketika itu, Goodall dipilih untuk mengkaji cimpanzi liar kerana dianggap memiliki kesabaran dan ketahanan yang diperlukan untuk hidup dalam tempoh lama di kawasan terpencil.

Pada Julai 1960, Goodall tiba di Rizab Gombe Stream di Tanzania bagi memulakan kajian yang kemudian mengubah dunia primatologi.

Pada peringkat awal, beliau sukar mendekati cimpanzi kerana haiwan berkenaan akan melarikan diri apabila menyedari kehadirannya.

Namun, melalui pemerhatian secara konsisten dan pendekatan tidak mengancam, cimpanzi di kawasan berkenaan akhirnya menerima kehadirannya.

Penemuan penting

Kajian Goodall membawa kepada beberapa penemuan penting yang sebelum itu tidak pernah direkodkan.

Beliau mendapati cimpanzi mempunyai sistem sosial yang kompleks, cara komunikasi tersendiri serta hubungan kekeluargaan yang boleh bertahan dalam tempoh lama.

Lebih mengejutkan, Goodall merekodkan cimpanzi bukan sahaja menggunakan peralatan, malah mampu menghasilkan peralatan sendiri.

Antara pemerhatian terkenalnya ialah cimpanzi menggunakan rumput atau daun untuk mengeluarkan anai-anai daripada sarang sebelum memakannya.

Penemuan itu mencabar kepercayaan saintifik ketika itu bahawa keupayaan membuat dan menggunakan alat merupakan sifat eksklusif manusia.

Goodall turut mendapati cimpanzi bukan haiwan yang hanya memakan tumbuhan.

Goodall berucap pada Forum Global Bloomberg Philanthropies 2025 di Hotel The Plaza, New York. FOTO: AFP

Beliau menyaksikan haiwan berkenaan memburu dan memakan serangga, burung serta beberapa haiwan lain termasuk anak babun dan antelop kecil.

Kajian panjangnya turut memperlihatkan sisi agresif cimpanzi termasuk pergaduhan, penggunaan batu sebagai senjata dan dalam keadaan tertentu, perbuatan kanibalisme.

Kerja penyelidikannya mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa menerusi dokumentari Miss Goodall and the Wild Chimpanzees yang disiarkan di televisyen Amerika Syarikat pada 1965.

Pada tahun sama, Goodall memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang etologi dari Universiti Cambridge.

Beliau menjadi antara individu terawal dalam sejarah universiti berkenaan yang dibenarkan mengikuti pengajian PhD tanpa terlebih dahulu memiliki ijazah sarjana muda.

Goodall dilantik sebagai Utusan Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2002 dan dianugerahkan gelaran Dame oleh Ratu Elizabeth II pada 2003.

Pada Januari 2025, beliau menerima Presidential Medal of Freedom, antara anugerah awam tertinggi Amerika Syarikat.

Goodall meninggal dunia akibat sebab semula jadi di Los Angeles, California pada 1 Oktober 2025 ketika berusia 91 tahun. - Agensi