Touch ’n Go raikan 30 tahun bersama menerusi kempen Golden Journey RFID

Iklan
Touch ’n Go meraikan tiga dekad perjalanan bersama rakyat Malaysia menerusi Touch ’n Go Golden Journey, sebuah kempen Touch ’n Go RFID khas yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Oktober 2026. Gambar hiasan

TOUCH ’n Go Sdn Bhd (Touch ’n Go) meraikan tiga dekad perjalanan bersama rakyat Malaysia menerusi Touch ’n Go Golden Journey, sebuah kempen Touch ’n Go RFID khas yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Oktober 2026.

Kempen tersebut merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan jenama itu sepanjang 30 tahun, selain mengajak lebih ramai pengguna kenderaan merasai kemudahan dan keselesaan Touch ’n Go RFID.

Iklan
Iklan

Ia terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk pengguna baharu dan sedia ada Touch ’n Go RFID.

Menariknya, peserta terpilih masing-masing akan menerima Touch ’n Go Limited Edition 30th Anniversary 0.5g 999.9 Gold Wafer, yang dihasilkan khas bagi memperingati pencapaian 30 tahun syarikat tersebut.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ’n Go Sdn Bhd, Praba Sangarajoo berkata, selama 30 tahun, Touch ’n Go telah menjadi sebahagian daripada perjalanan harian rakyat Malaysia, daripada perjalanan ulang-alik setiap hari dan perjalanan balik kampung hinggalah kepada pelbagai detik yang tidak terhitung di antaranya.

“Golden Journey merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah melalui perjalanan bersama kami sepanjang tahun-tahun ini, selain mengalu-alukan lebih ramai pengguna kenderaan untuk merasai kemudahan dan keselesaan Touch ’n Go RFID.

Iklan

“Wafer emas edisi terhad ini merupakan cenderahati bermakna bagi memperingati pencapaian ini dan tanda penghargaan kami atas kepercayaan serta sokongan yang telah kami terima sepanjang tiga dekad lalu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya lagi, pelanggan boleh menyertai kempen dengan membeli dan mengaktifkan Tag Touch ’n Go RFID baharu sepanjang tempoh kempen, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

"Mereka juga boleh membeli Tag Touch ’n Go RFID baharu menerusi mana-mana saluran jualan yang tersedia untuk menyertai Golden Journey," katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tag Touch ’n Go RFID standard turut ditawarkan pada harga promosi khas RM30 menerusi TNG Shop, kedai rasmi Touch ’n Go di Shopee dan TNG Hub di Bangsar South, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk menyertai kempen ulang tahun berkenaan sambil menikmati harga khas RFID.

Sempena Touch ’n Go mengimbas kembali perjalanan 30 tahun bersama rakyat Malaysia, syarikat turut melancarkan “Perjalanan Kita | 30 Tahun Bersama Touch ’n Go”, sebuah video jenama khas yang meraikan perjalanan seharian dan detik bermakna yang telah membentuk kisah jenama berkenaan selama ini.