KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini disambut dengan laungan puluhan penyokongnya pada Jumaat.
Saravanan sebelum itu tiba menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira jam 8.24 pagi.
Iklan
Iklan
Ketibaan Ahli Parlimen Tapah tersebut diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum disambut dengan laungan para penyokongnya.
Media sebelum ini melaporkan Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Beliau mendakwa akan menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik Covid-19 pada 2022.