Judi haram tapi sejak bila fitnah, mencelakakan saudara Islam menjadi halal - Kamil Munim

Iklan
Muhammad Kamil Abdul Munim

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan sejak bila tindakan memfitnah, mencelakakan dan mendoakan ‘perut terburai’ saudara Islam lain menjadi halal dalam tradisi Islam.

Beliau menegaskan, judi sememangnya haram untuk orang Islam dan tidak ada pihak yang mempertikaikan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak ada mana-mana pihak yang mahu memperjuangkan supaya judi dihalalkan untuk orang Islam.

"Hanya setelah Kerajaan Madani mengambil alih tampuk kepimpinan negara ia diturunkan kepada lapan kali.

Iklan

Justeru, Muhammad Kamil turut mempersoalkan di mana suara dan dalil mereka ketika berada dalam kerajaan.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyalahkan Perdana Menteri berhubung keputusan mahkamah mengenai lesen premis perjudian di negeri itu.

Iklan

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan yang membatalkan tindakan negeri itu menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan.

Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan kerajaan negeri membayar kos RM50,000 selepas panel tiga hakim memutuskan kerajaan Kedah gagal memenuhi ambang yang diperlukan bagi mendapatkan kebenaran merayu.