Mayat ditemui dalam ruang tayar pesawat di KLIA2

Iklan
Satu mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui di dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di KLIA2.

SEPANG - Satu mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui di dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini pada Khamis.

Mayat yang belum dikenal pasti jantina itu ditemui kira-kira jam 6.55 pagi dalam ruang simpanan tayar pesawat dari Tokyo, Jepun, yang mendarat kira-kira jam 6.30 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mayat yang memakai seluar jeans dan berbaju putih itu ditemui kakitangan kejuruteraan ketika ditugaskan membuka ruang simpanan tayar pesawat berkenaan.

Berdasarkan maklumat diterima, kakitangan terbabit terhidu bau busuk yang mencurigakan dari ruang simpanan tayar sebelum membuka ruang berkenaan.

Iklan

Dia kemudian menemui mayat itu sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA2.

Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Iklan

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa.