Banjir Nepal: Tangguh pendakian selamatkan 10 rakyat Malaysia

Iklan
Mohd Noor berkata, trip pendakian selama 11 hari itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 20 Ogos lalu terpaksa ditolak atas masalah teknikal.

KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan perjalanan membawa sekumpulan 10 rakyat Malaysia ke Lembah Langtang, Nepal, telah menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam tragedi banjir besar yang melanda daerah Rasuwa pada Rabu.

Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 59, berkata, trip pendakian selama 11 hari itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 20 Ogos lalu terpaksa ditolak atas masalah teknikal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kawasan Rasuwa merupakan antara laluan permulaan menuju trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet.

"Namun, sekiranya pendaki mungkin berada di bahagian atas Lembah Langtang, mungkin mereka terselamat dan disebabkan masalah komunikasi, mereka terputus hubungan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Iklan

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Mohd Noor yang kini berada di Pokhara berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai bencana berkenaan.

"Bagi yang mengikuti trip pendakian Annapurna Base Camp dan Everest Base Camp, laluan itu tidak terlibat secara langsung dengan bencana terbabit.

"Namun begitu, trip pendaki ke Lembah Langtang pada November ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Mengulas keadaan di lokasi bencana, Mohd Noor berkata, situasi ketika ini amat mencabar apabila hampir keseluruhan aset kerajaan Nepal dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Semua aset kerajaan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Kathmandu.

"Akses melalui jalan darat juga terputus sepenuhnya dan difahamkan bantuan disalurkan menggunakan helikopter. Ramai sukarelawan mahu turun membantu, tetapi lokasi kejadian tidak boleh dilalui setakat ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'

Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled

Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang

Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia

Beliau berkata, perkembangan terkini di kawasan terjejas terus dipantaunya termasuk melalui pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.

Terdahulu media melaporkan kedudukan 56 rakyat Malaysia yang terputus hubungan susulan kejadian banjir kilat di Nepal masih belum dikenal pasti setakat ini.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman berkata, berdasarkan maklumat terkini diterima, kesemua rakyat Malaysia berkenaan sebelum ini dilaporkan menuju ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu.