Ismail Sabri tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan

Iklan
Ismail Sabri tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis untuk berdepan pertuduhan yang dipercayai berkaitan kesalahan membabitkan pengisytiharan aset.

Ismail Sabri berpakaian sut hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.30 pagi dan disambut lebih 50 penyokongnya.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri sebelum ini mengalami masalah kesihatan ketika diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kemudian digegaskan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau mendapatkan rawatan di IJN dan menjalani prosedur berkaitan masalah degupan jantung tidak sekata (arrhythmia).

Iklan

Susulan itu, prosiding pendakwaan terhadapnya yang dijadualkan pada 7 Ogos lalu ditangguhkan.

Pendakwaan terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta selepas beliau beberapa kali dipanggil bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM.

Iklan

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadapnya.

Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’, hasil siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.