Ikan 'kiamat' terdampar di pantai Lombok, petanda bencana?

Iklan
Ikan laut dalam yang merupakan spesies jarang dijumpai itu dianggarkan sepanjang kira-kira empat meter. - Foto Agensi

LOMBOK TIMUR - Bangkai ikan oarfish yang sering dikaitkan dengan bencana sehingga digelar ikan 'kiamat’ ditemui terdampar di Pantai Pink, Desa Sekaroh, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB) di Indonesia.

Ikan laut dalam yang merupakan spesies jarang dijumpai itu dianggarkan sepanjang kira-kira empat meter.

Iklan
Iklan

Penemuannya dibuat pengunjung yang berkhemah pantai itu pada Rabu dan kemudiannya menjadi perhatian ramai selepas rakamannya tular di media sosial.

Ketua Wilayah Dusun Telone, Desa Sekaroh, Sahlan mengesahkan penemuan ikan tersebut.

Iklan

“Ia merupakan kali pertama saya melihatnya. Saya segera mencarinya berdasarkan imej di Google dan mendapati ia ikan oarfish.

"Bentuknya seperti pedang samurai. Sukar untuk saya gambarkan kerana rupanya aneh. Ikan itu sudah dibawa pulang oleh individu berkenaan,” katanya.

Iklan

Penemuan oarfish tersebut turut dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan kemungkinan berlakunya bencana alam dan kejadian buruk lain.

Bagaimanapun, Sahlan berkata, perkara itu tidak menimbulkan panik dalam kalangan penduduk setempat. - Agensi