Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

Iklan
Rumah-rumah kelihatan sebahagiannya ditenggelami air berlumpur di sepanjang kawasan tebing sungai selepas banjir kilat melanda Trishuli Bazar, daerah Nuwakot, Nepal pada 26 Ogos 2026. Foto AFP

MOSCOW  - Lebih 380 pelancong, termasuk 291 warga asing dilaporkan hilang selepas banjir di Nepal, menurut Lembaga Pelancongan Nepal pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Lembaga Pelancongan Nepal dalam satu kenyataan di platform media sosial X memaklumkan rekod awal yang dikumpulkan mengikut agensi daripada syarikat pelancongan mengenal pasti 384 pelancong, termasuk 291 warga asing dan 93 warga Nepal, yang dilaporkan hilang dari kawasan terjejas.

Iklan
Iklan

"Maklumat itu sedang disahkan dan disemak silang dengan kerjasama agensi pelancongan, pemandu pelancong, pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut lembaga itu, lebih 100 warga India, 17 rakyat Malaysia, 12 warga Britain, empat warga Afrika Selatan, tiga warga Amerika Syarikat (AS), seorang warga Australia dan seorang warga Belanda dilaporkan hilang, manakala kewarganegaraan 111 lagi masih belum dapat disahkan.

Iklan

Terdahulu pada Rabu, Kathmandu Post melaporkan banjir besar akibat limpahan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa yang terletak di kawasan pergunungan Nepal, menyebabkan kerosakan besar terhadap kediaman dan infrastruktur.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tinggi kepada penduduk di kawasan hilir. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti.

Iklan