Raheem Sterling didakwa memandu secara berbahaya

Iklan
Raheem Sterling didakwa memandu secara berbahaya dan memiliki nitrus oksida selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Lamborghini. Foto AFP

LONDON - Bekas penyerang England, Raheem Sterling didakwa memandu secara berbahaya dan memiliki nitrus oksida selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Lamborghini di lebuh raya, lapor PA Media/dpa memetik polis.

Polis Hampshire dan Isle of Wight memaklumkan pertuduhan itu dibuat susulan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di laluan arah selatan Lebuhraya M3 berhampiran persimpangan bertingkat Minley pada 28 Mei lepas.

Iklan
Iklan

Sterling, 31, dituduh memandu secara berbahaya, memiliki nitrus oksida untuk tujuan penyedutan secara salah serta gagal memberikan spesimen.

Polis memaklumkan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Iklan

Sterling dari Berkshire dijadual hadir di Mahkamah Majistret Basingstoke untuk pendengaran kes pada 15 September ini.

Beliau menjaringkan 20 gol dalam 82 penampilan bersama England dan membantu skuad kendalian Gareth Southgate mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 serta final Euro 2020. Sterling kini tidak terikat dengan mana-mana kelab. - Bernama-PA Media/dpa

Iklan