NIBONG TEBAL– Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dan masih belum pulang sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, remaja berkenaan dikenal pasti sebagai Nik Nursyazwani Aishah Jerfi Arwan Shah.
Iklan
Iklan
“Remaja berkenaan merupakan perempuan berusia 15 tahun dan berbangsa Melayu. Dia dilaporkan hilang pada Isnin.
“Pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan individu berkenaan yang dipercayai telah keluar dari rumah dan belum pulang sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Nur Anis Syamimie Nasir di talian 016-9391927.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.