Pengerusi NGO, isteri bakal didakwa seleweng dana hampir RM13 juta

Iklan
Sumber SPRM mengesahkan, kedua-dua tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.

KUALA LUMPUR - Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama isterinya dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu berhubung kes penyelewengan dana pertubuhan itu bernilai hampir RM13 juta.

Beliau yang juga merupakan pempengaruh agama terkenal itu dipercayai akan didakwa bersama isterinya yang berkhidmat sebagai setiausaha NGO berkenaan.

Iklan
Iklan

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan, kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada jam 9 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, pendakwah bebas berusia 30-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Iklan
Iklan

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukan dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.