Gangguan cetakan MyKad dijangka bermula esok susulan peralihan generasi baharu

Iklan
JPN kini sedang melaksanakan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai Rabu, 26 Ogos hingga Isnin, 31 Ogos susulan proses peralihan kepada MyKad generasi baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya kini sedang melaksanakan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu.

Iklan
Iklan

Menurut JPN sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau penggantian MyKad sepanjang tempoh berkenaan.

"Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan itu serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul. - Bernama