Jawab panggilan ibu bapa ketika solat

Iklan
TIDAK dibenarkan untuk menghentikan solat fardu walaupun dipanggil ibu bapa melainkan kecemasan atau darurat.

Soalan

Ketika sedang solat Isyak di rumah, tiba-tiba ibu memanggil. Apakah saya perlu hentikan solat dan menyahut seruan ibu itu?

Iklan
Iklan

Jawapan

Para ulama bersepakat apabila seseorang sedang melaksanakan solat fardu, maka tidak boleh baginya untuk membatalkan solat dengan sengaja, sekalipun kerana ingin menjawab panggilan ibu bapanya melainkan jika ada perkara darurat seperti meminta tolong kerana kecemasan dan seumpamanya.

Iklan

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.” (Surah Muhammad: 33)

Namun sekiranya panggilan ibu bapa itu tiada sebarang keperluan, tidak darurat atau bukan pada perkara mustahak serta diyakini mereka tidak akan marah dan berkecil hati, maka tidak menjadi kesalahan untuk tidak berhenti dan diteruskan solat.

Iklan

Apabila selesai solat, maka hendaklah segera menyahut panggilan mereka.

Syeikh Al-Bajuri dalam kitabnya, Hasyiah al-Bajuri menyebutkan bahawa menjawab panggilan ibu bapa ketika solat fardu itu dihukumkan haram kerana sengaja memutuskan solat fardu itu haram. Namun harus memutuskan untuk solat sunat.

Namun perbuatan tersebut terhad kepada bacaan-bacaan dalam solat sahaja seperti takbir untuk berpindah rukun atau bacaan zikrullah seperti Subhanallah.

Bagaimanapun ia perlu diniatkan dengan niat tilawah bacaan dalam solat dan sekiranya perbuatan mengangkat suara itu semata-mata untuk menjawab panggilan orang di luar solat, maka solatnya dihukumkan sebagai batal.