Tulisan Jawi wajib pada papan tanda iklan, kompaun RM500 menanti peniaga ingkar - MBKT

Iklan
Antara papan tanda iklan yang menggunakan tulisan Jawi di sekitar bandar Kuala Terengganu.

​KUALA TERENGGANU - Peniaga dan pengusaha perkhidmatan pengiklanan di daerah ini diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat penggunaan tulisan Jawi pada setiap papan tanda iklan yang dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

​Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, ketetapan berkenaan merupakan antara syarat utama yang perlu dipenuhi oleh mana-mana pihak sebelum sebarang kelulusan permohonan iklan dikeluarkan.

Iklan
Iklan

​Menurut beliau, pihak MBKT tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan yang gagal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan itu.

​"Bagi iklan yang dipamerkan tanpa kelulusan, tindakan kompaun sebanyak RM500 boleh dikenakan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

​Mengulas lanjut, Lizan memberitahu bahawa langkah pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi memastikan semua pemilik premis dan peniaga cakna serta mematuhi arahan pemasangan tulisan Jawi pada papan iklan masing-masing.

"Setakat ini kita akan buat pemantauan dan beri peringatan kepada semua pengusaha atau peniaga agar memasang papan tanda iklan yang mengikut arahan ditetapkan," ujarnya.

Iklan