Enam sekeluarga etnik Rohingya hidup gelandangan di tempat awam

Iklan
Enam sekeluarga etnik Rohingya dilaporkan hidup gelandangan di Taman Permainan Pusat Komuniti Dato Onn, Larkin.

JOHOR BAHRU - Enam sekeluarga etnik Rohingya disyaki hidup secara gelandangan sehingga menimbulkan keresahan dan rasa tidak selesa penduduk sekitar.

Video keberadaan mereka di Taman Permainan Pusat Komuniti Taman Dato Onn, Larkin tular di media sosial pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, tindakan telah diambil susulan penularan video tersebut.

“Anggota cegah jenayah telah melakukan rondaan pada 24 Ogos di kawasan itu namun kelibat mereka sudah tiada.

Iklan

“Pemantauan semasa akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Azrul Hashim, pemantauan terus dilaksanakan dan lokasi keberadaan mereka ketika ini belum dipastikan.

Iklan

Foto: Community Roda johor

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu maklum balas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.