Motosikal gagal memotong punca suami isteri maut
Iklan
Suami isteri maut dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran Pasar Segar di Kampung Paya Lada, Ketereh, Kota Bharu pada Isnin. Foto:PDRM
KOTA BHARU - Suami isteri maut dipercayai berpunca daripada motosikal dinaiki mereka gagal memotong sebuah kenderaan lain lalu merempuh sebuah lori berhampiran Pasar Segar di Kampung Paya Lada, Ketereh, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, penunggang motosikal, Idris Che Ngah, 74, dan isterinya, Azizah Che Mbong, 62, maut di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Wave dinaiki pasangan warga emas berkenaan datang dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya.
Iklan
"Bagaimanapun, motosikal gagal memasuki semula laluannya sebelum bertembung dengan lori jenis Inokom yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, lori berkenaan dipandu lelaki berusia awal 40-an yang bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh dan ketika kejadian berada di laluan yang sah.
Iklan
"Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk bedah siasat," katanya.
Mohd Azmir memberitahu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Ujar beliau kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi talian 09-7752315," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>